Suara Rakyat Malaysia

Suara Rakyat Malaysia

JenisNGO
Ibu pejabatIbu pejabat: B-G-15, 8 Avenue Business Centre, Jalan Sungai Jernih 8/1, 46050 Petaling Jaya
Cawangan Pulau Pinang: 91C-02-21, University Heights, Jalan Sungai Dua, 11700 Pulau Pinang
Penubuhan
Diasaskan5 Ogos 1989
Identiti
Orang pentingKua Kia Soong, K. Arumugam (Pengerusi), Sevan Doraisamy (Pengarah Eksekutif)
FokusHak asasi manusia, hak alam sekitar
BidangAdvokasi dan amalan hak asasi manusia
PembiayaanPendukung dan pengiat hak asasi manusia
MotoWorking for Human Rights ("Bekerja untuk Hak Asasi Manusia")
Laman sesawangwww.suaram.net//
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Suara Rakyat Malaysia atau lebih dikenali dengan singkatan SUARAM, ialah sebuah pertubuhan hak asasi manusia di Malaysia yang diwujudkan pada tahun 1987. Pada tahun 1989, kumpulan sokongan tahanan, tahanan ISA dan kumpulan aktivis lain mengambil keputusan untuk menubuhkan SUARAM, yang tujuan utamanya adalah untuk berkempen untuk memansuhkan ISA dan penahanan tanpa bicara. SUARAM kemudian berkembang memperjuangkan hak asasi manusia dan alam sekitar.

Suaram dianggap sebagai salah satu pertubuhan hak asasi manusia terkemuka di Malaysia. Pertubuhan hak asasi manusia umum lain di Malaysia termasuklah Aliran Kesedaran Negara berpangkalan di Pulau Pinang (ALIRAN), Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM) dan lain-lain lagi. Suaram sering bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan ini mengenai isu-isu seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan reformasi pilihan raya. Sekretariat SUARAM di Kuala Lumpur juga menerbitkan laporan tahunan mengenai status hak-hak sivil dan politik di Malaysia sejak tahun 1998.[1] SUARAM juga adalah merupakan ahli pengasas FORUM-ASIA.[2]

Menurut laman web SUARAM, 'SUARAM adalah sebuah badan bebas dan pertubuhan hak asasi manusia yang tidak terkait dengan mana-mana agensi lain. Kami akan sentiasa mempertahankan hak mangsa pencabulan hak asasi manusia, golongan miskin dan tertindas, tanpa rasa takut atau pilih kasih. Mandat kami termaktub dalam Piagam Hak Asasi Manusia Malaysia dan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia. Oleh itu objektif utama SUARAM adalah melindungi dan merealisasikan hak asasi manusia di Malaysia tanpa siapa pun yang memerintah negara.'(http://www.suaram.net/?page_id=4377)

SUARAM dibiayai melalui derma dan geran daripada sumber awam dan swasta. Bagaimanapun, sumber yang paling penting datang daripada sumbangan syarikat swasta, acara mengumpul dana seperti 'Makan Malam', jualan buku dan barangan kempen. Dana diterima dengan syarat tidak ada campurtangan dengan kerja-kerja SUARAM.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search